Hajah Norisah binti Hj. Abd. Gapar merupakan seorang penulis yang aktif dalam tahun 1970. Dilahirkan pada 24 april 1952 di Seria. Berkelulusan MSc in Clinical Biochemestry. Pernah menuntut di Maktab Teknikal Southamptom, Haunts, United Kingdom pada tahun 1972 dan pada 1978 memperolehi ijazah dalam bidang Kaji Kimia Hayat di Universiti Surrey, Guildford, United Kingdom. Sekarang bertugas di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sebagai Pemangku Ketua Pegawai Saintifik di Makmal Kimia Klinikal, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam. Novel Pengabdian merupakan novel sulungnya yang pernah meraih hadiah pertama dalam peraduan menulis novel yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sempena menyambut hari kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Novel ini merupakan perjuangan seorang doktor anak tempatan bernama siti Nur yang berasal dari sebuah keluarga sederhana. Setelah banyak menempuh pengalaman hidup yang pahit, Siti Nur telah menjadi seorang gadis yang berjiwa waja, tabah dan cekal. Akhirnya berjaya menempatkan diri dan keluarga kepada keadaan yang lebih baik di dalam masyarakat. Sebagai seorang penulis yang tajam penanya, Norsiah Gapat telah berhasil menjadikan Siti Nur dalam novel Pengabdian ini sebagai seorang puteri nasionalis yang sanggup mengabdikan seluruh hidupnya demi bangsa dan kemanusiaan.
Sumber Rujukan
Hajah Norsiah binti Haji Abdul Gapar, (2002). Pengabdian. Lapangan Terbang Lama Berakas : Dewan Bahasa dan Pustaka.